TeMaN-TeMaN SaYe!!

Friday, January 28, 2011

SIAPA MAU CHANTEK!!!

sapa mau cantik sila la angkat tangan...
amek pen n kertas ye..
actually nye entry kali nie ak terbaca kat majalah pg  nie...
mybe korg ade yang dah tau..
tapi ak nak share jugak dengan korang...
petua berguna untuk dunia n akhrat
-
-
untuk mendapatkan wajah selalu segar,berseri-seri dan canhtik cuci la minima 5kali dengan air wuhdu..
dan jangan di lap kan air tersebut biarkan je ia kering sendiri,then amek sejadah,solat,berzikir n berdoa la padaNya..
-
-
untuk pelembab pulak, untuk mendapatkan awet muda yang menawan gunakan senyuman, senyum 2 kan k sedekah.. tapi bukan hanya senyum dibibir tapi senyum 2 mestilah datangnye dari hati yang ikhlas..
-
-
untuk bibir yang menawa pon ade gak.. selalu lah ucapkan kalimah2 allah. then tak bleh sombong n tak le sakitkan hati org lain n jgn berbohong..
-
-
klu nak kan tubuh badan yang cam ala2 model 2 pon bleh jugak... tapi mestilah ikut diet yang teratur..
jangan lh dok try pil pelansing la,pil manjakani la hape la.. bukan tak bleh tapi bende sume 2 mesti ade kesan sampingan yang boleh menudarat kan kesitahan kte kan...
so klu nak berdiet yang betol adalah dengan cara berpuasa sunat 2 hari dalam satu minggu..
pastu selalu lah makan sayur n buah-buah n air putih  the laast yang penting pastikan ia nya makanan yang halal...
-
-
okeh ase nye cukup untuk kali nie...
kte jumpe di next entry ye...
so marilah kte beramai-ramai
amalkan petua cantik nieh...
agar kelihatan cantik seperti cik ieja erk..
*sila muntah beramai-ramai*
*hohoho*
bye..

Wednesday, January 26, 2011

ALL IT OVER!!!



Hello ladies and gentlemen.
What up?
i bet you guys heard this:
Everybody is our friend. Except when they are not.
-
-
Means, ade ke orang yang declare sebagai kawan..?
mesti ade kan..?
cube kita remind balik mase zaman kite bebudak dulu..
mesti ade dialog nieh..

A: kamu sape name..?
B: Nama kita  B. kamu sape..?
A: kita A.. kita jadi kawan erk...
-
-
itu pon dah dikira declare kawan la tu..
normally nye kawan dari kecik akan mencipta kenangan terindah dalam diri seorang tu...
-
-
but bila dah besar masing-masing mencipta haluan,
yang pelik 2 sampai hati bercerita memburuk-burukan kawan itu dihadapan kawan lain..
almaklum la zaman sekarang nie, cakap kene berhati-hati,
coz banyak dah internet bergerak nw nie..
so bila sedikit persalahfahaman,
kau ckp ak,ak ckp kau..
*penangan orang ketiga la tu*
*tikam belakang kawan..*
 mula lah cetus peperangan yang besar...
betol kew..?
hurm mybe tak sume kot kan...?
-
-
so muhasabah lah diri kita,
yang kawan tu penting untuk menerus kan kehidupan duniawi nie..
bak kate orang kawan biar berbiru,juta pown tak pe...

THANK YOU ALLAH!!!

cam lama pulak tak coret kan pape kat blog cik ieja nie...
* padahal nye baru semalam update entry *
tade bende pown nak tulis sebenarnya..
cuma ak tertarik dengan ayat nieh..
rasa boleh muhasabah diri sendirikan..
so renung-renungkan selamat beramal..
(^______^)

"bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
 bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin Mengujimu,
 bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu.."

so, sentiasalah bersangaka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun..
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..

Tuesday, January 25, 2011

BLOGGER vs FACEBOOK

nampak habuk semakin tebal kat belog cik ieja nie...
* fuhfuhfuh tiup2 sikit kat belog aku yang berhabuk ni..*
bukan tak nak menhupdate belog nie tapi disebabkan kesuntukan masa
ai maklum lah bakal pn sri kowt...
hoho..
* terlebih berangan la pulak*
tapi seriuslly nye memamg banyak sangat entry yang nak aku share dengan korang..
-
-
before ni ak cter pasal bahana facebook tapi kali ni aku nak story pasal Blogger vz Facebook..




memang terasa FB sekarang nie semakin hambar..  bilangan kawan boleh dikate kan meninggakat
ye la hari-hari mesti ade friend request tapi nape wall agak suram kan..?
-
-

Wall FB now dah jadi cam tempat sidai tudung, sidai kain, tempat make up.. Mana semua manusia pegi? Dasar stalker aje ke? ish aku Delete kang.. Add orang tapi tak bercakap pon..
Main add jeh..kalau tak nak kawan sudah, tak perlu nak add-add tambah kawan kau sampai beribu-ribu.
-
-
Mari beralih kepada blogging.. sila  tepuk tangan ramai-ramai ye..
welcome.. aku kan orang baru, tapi ada juga yang sudi singgah sini walau punya beribu follower..
*bukan nak bodek ok terharu je*
 Ada tu pulak singgah & bagi comment..wah. Banyak nye masa korang..
*mata bersinar tanda touching*
Kalau kat facebook wall tu seminggu kadang-kadang sama je tak ada perubahan pon..
Semua tahu nak LIKE je. Bagi la feedback at least..
-
-
Tetiba rasa nak tutup facebook dan nak jadi full time blogger..
Nih yang semangat lagi nak tulis lagi entry menarik untuk tatapan korang..
Terima kasih ye kalian sudi jenguk blog tak seberapa ni.. 
InsyaAllah akan ku cuba entry yang umphh untuk kita kupas sama-sama..
Jangan segan-segan tinggal jejak so i can follow and discuss the matter on your blog .
-
-
wat taknak follow??
Taknak follow saya pon tak pe ^_^..
 kalau rasa tak best tinggalkan je komen kata takbest..
mana tau bole improve. kan kan?
-
-
Bye Facebook..
*ye ye je tapi memang aku nak deactive kan facebook* 
then Hello Bloggers.. mari menghidupkan blog masing-masing dengan entry yang mantop..
niat ikhlas/jahat akan menampakkan hasil at the end..

Thursday, January 13, 2011

BAHANA FACEBOOK!!

Entry kali hanya untk ingatan diri sendiri n sape sape lah yang rase nak bace tuh
aku memang sangat-sangat lah SETUJU sebenarnya
even untuk entry kali ini ade gak terase terkena atas batang hdung sendiri..
sebelum ni memang dah selalu dengar ayat ni.. exspecially mak..
dia salu kata "FB ni banyak baikdari buruk nye.."
hingga satu ketika saya rasa baik tutup jerk acc fb tu..
tapi ye la kawan2 ramai kat fb 2 rase cam sayang plak nal close kan acc tu..
so tak salah kot cuma biarlah betul cara penggunaan laman sosial tu..
actually nya bingkisan kat bwah ni ak dapat dari kak mira thank
renung-renungkan selamat beramal
-
-
**********
 
Sekarang ni semua orang pun ada facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.
So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.
“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”
Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.
Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.
Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:
“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”
Kontroversi bukan?
“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”
Hmm…. Tak patut cakap begitu.
“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”
Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.
Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.
Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.
Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.
Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.
“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.
Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.
Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.
Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.
Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.
Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.
Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.
Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.
Beringatlah!
Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol se’das dua then bunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.
Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?
Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?
Tak kurang juga status lonely dan kegersangan, habis satu dunia korang nak cerita yang lesbian ajak korang main. chet!
gersang2
* klik gambar untuk saiz sebenar (respon fanpage)
So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api’kan berbanding yang menasihati.
Ingat, orang yang bijak mengambil peluang, akan menggunakan Facebook lebih kepada marketing atau mencari sahabat-sahabat lama. Yang kurang bijak akan mengambil risiko mencari sahabat & kekasih baru. Tersilap langkah, tergadai diri. Teehee!
Ps: Lagi satu korang kena ingat, even korang private’kan album atau gambar pun, memang orang tak boleh masuk. Tapi gambar korang tu still dapat di’lihat pada bila-bila masa sahaja oleh “orang-orang” Facebook. So siapa yang bebal sangat pergi upload gambar seksi-seksi dan bogel segala tu, pergila buang balik. Jangan nanti gambar dah tersebar sampai orang gelar “ratu porn”, baru nak menangis tak berlagu. Betul tak?
 

PALSU atau IKHLAS!!

pamerkan senyuman palsu itu
pasti sume org berfikir yang kita nie sedang bergumbira..
-
-
ye la untuk menyembunyikan perasaan sebenar tu kan mudah..
hipokrit dengan ekspressi wajah
hipokrit melalui gaya penulisan
hipokrit dengan tinkahlaku sendiri..
-
-
dan kita layak dinobatkan as pelakon serba boleh..
pasti mendapat tepukan gemuruh daripaa hasil titik peluh setelah beraksi di pentas wayang..
mungkin..?
-
-
tidak mahu bahu orang lain terasa beban menjinjing masalah kita,
sebab itu lah kita menjadi sedemikian rupa..
-
-
kita pulak cam mane..?
masalah yang dihadapi
masalah yang dicari sendiri
harus mencari solusinya sendiri..
bukankah setiap masalah itu boleh menjadi sumber kekuatan kepada diri kita?
-
-
kadang-kadang cube kita berfikir sejenak
membilang masalah yang belum kita temui solusinya..
terdetik dihati
(ouh hidup.. memang banyak lagi yang masih belum terjawab)
-
-
even kita sudah penat untuk mencari dimanakah solusinya,
kita berhenti..
diri ini terasa lemah untuk mencari lantas melariakan diri daripada permasalahan menjadi pilihan...
tiada lagi istilah menunda pencarian ke waktu yang lain..
kerna kita tahu, pasti akan ade masalah baru yang perlu kita hadapi di waktu
seterusnya..
-
-
indah dan manis nye ayat
(kenangan lampau menggamit memori)
bagaimana dengan kita yang alaminya?
-
-
jika kenangan itu manis2 semuanya,
pasti kenangan itu terpahat didalam hati kita..
-
-
jika terselit kenangan pahit, kenangan itu pasti meninggalkan bekas luka semalam..
-
-
mengapa perlu diingat kenangan lampau jika kenangan itu menyakitkan dan
mengusutkan minda kita..?
-
-
tatkala mengimbau kenangan yang manis pasti yang pahit akan membantuti sama...
bermulalah kembali episod dimana titisan-titisan jernih mengalir merawat sisa2 lua yang masih terguri elok didalam hati..
sampai sudah tiada pengakhirannya.. seperti persolan yang tiada jawapanya..
-
-
mengapa tidak kita lupakan sahaja kenangan lampau yang tidak
punyai apa-apa nilai untuk disimpan kemas didalam kotak minda..
baik kenangan yang manis mahupun kenangan yang pahit..
lontarkan setiap kenangan -kenanagn itu jauh ke dalam dasar laut..
biarkan ianya mengalir bersama2 arus..
lenyap daripada penglihatan kita..
jangan disesali setiap kenangan yang pernah kita lalai..
kerana kenangan itu yang menberi kehidupan kita pelbagai corak..
sekarang.. tiada lagi kenangan itu..
yang pasti kita yang akan mencorakkan setiap kenangan untuk episod2 hari seterusnya..
menulis kali ini sambil tersenyum..
senyum palsu atau ikhlas itu adalah rahsia hati pelempar senyum itu sendiri..













Monday, January 10, 2011

KECOH-KECOH

sane sini heboh satu malaysia talk about AJL and FACEBOOk
mmg rata2 nye tak puas atie ngn kemenagan ana rafaeli 2..
siap tubuh kan fan page  "KAMI TIDAK SETUJU ANA RAFFALI MENANG AJL"
-
-
macam-macam la korang nie


ni la tabiat sebenar rakyat malaysia kan..?
memang terang lagi bersuluh klu mengeji tuh
memang de bestt...
-
-
actually nye ak pown tak sangka die akan menang
tapi tak la sampai kan nak wat fan page berhape nie kan
tak terlintas sikit pown
cube la think + sikit
 mungkin nie dah rezeki berpihak pada die,
-
-
sure ade yang tak paham ngn lagu yang die nak sampai kan nie..
2 pasal fan page 2 bole tertubuh
tapi mybe juri fine some unique dalam "Tolong Ingatkan Aku" nie..
-
-
huhuhu org zaman sekarang nie memang pantang
tengok kesenangan n kejayaan org lain kan..?
kadang2 cter yang 3/4 tahun dah berlalu pown boleh
diungkit balik..
hokhokhok...
busuk punya olang la..
-
-
about facebook plak
mark zuckerberg 2 nak tutup..
bagi ak la kan ade baik nye muka buku ditutup
ade tak bagus nye ditutup...
-
-
aku pun baru je tahu 2 pown dapat tahu dari blogger yang ade kat kanan blog ak tuh..
cbe fikir  lepas nie cam ne la pe plak aktiviti yang bakat dilakukan..
n pe yang ak tau mesti kte sume akan hilang kawan -kawan yang berade kat fb tuh kan..?
kan?kan?
susah kan tak de fb..
cam ne la nak contex mengongtex dieorng nti ye...
-
-
tapi kan bagus jugak klu tutup fb nie..
boleh life ni back to normal...
kurang la gosip, umpat-mengumpat tu..
kurang la masalah penceraian akibat bertemu kekasih lama di fb
hikhik..
n kurang jugak lah rase cemburu,curang bagi pasangan yang tengah syok bercinta macam aku nie ka...
almaklum la fb nie macam-maca, perkare - boleh berlaku..
ye la tempat luahan hati la kata kan...
(macam x de pendirian plak, jap kte + jap2 kte - Pulak..)
-
-
about  fb shutdown on 15march  klu nak tau Klik 
-
-
(^__________^)


Tuesday, January 4, 2011

TALAM!!

mesti sume pelik kan..?
npe ngn talam..?
biase la orang zaman sekarang...
*azam taun nie nak jd lebih baik dari taun lepas.. so kne kurang kan lah bercakapbende yang bukan2...*
ni sume ade lah situasi yng sebenar benar belaka...
bukan nak cakap yang bukan2..

jam : kire jam 1.45 pm
hari : selasa
tempat : teluk intan Perak
perbincangan diantara : A & S aka kak *****

al kisah nye sebegini ak ade lah kenal ngn seorang laki nie...
tapi.. laki nieh yang fenetic GILER ngn ak..
sampai kan ajak ak nie kawin tahun nie...
(bukan cakap kosong tapi ade bukti)
*gila kau ak baru jer 20 taun... lain la kau yang hampir k 30 tahun...*
-eiii desprate-
S mengenali laki tuh...
-
-

*terseperempak dengan seorang wanita yang berpakaian serba hitam dan bertudung biru n berkasut tak perasan la plak dikenali sebagai S...*

A : eh kak *****?
S : ha kak ***** lah... tak kan orang lain kot...
A : ouh.. Watpe kat sini... A jumpa kawan kak ****** kat dalam tuh td...
S :die memang dah bertukar k situ...
A:  yeke? eh! kak ***** kenape ngn kawan kak ***** tuh, ade k patut ajak A kawin taun nie...
S : sape?sape..?
A : sape lagi klu Bukan c N tuh...
*ase N pon dah cukup tak payah la penuh...*
S: die memang macam tuh gile kot...
tapi ble die jumpe kak *****
elok jerk tak de plak cakap pape...
*dlm ati ak tak kan la die nak cakap kat ko kowt.. segan la die..*
A : ha lgi satu minggu lepas N ade msg kat A cakap nak pinjam RM...
* belom abes cakap dah di sahut...*
S : ish kamu tak payah bagi... eiii senang cter kamu tak payah le layan die...
A : mmmmm... memang la sbb A gtau kat mak pon cam tak bagi kawan dengan N tuh..
S: kamu datang ngan sape?
A : tu mak ade tuh... ok lah kak *****
nak balik dah nie...
-
-
dalam ati ni baik betol la kak ***** tuh bagi nasihat lg kat ak...
padehal nye die kak ***** tuh kenal n rapat la gak ngn  N tuh...
-
-
jam pukul 3 lebih bukak  jer FB..
boleh plak die kate cam nieh...
(dahh biase dah berdepan dengan orang yang talam dua muka nie, agak nye rumah nye tak ade cermin kot..)
ak tau pos tuh untuk ak... sbb dari komen2 die, ak leh tau...
so watever lah...
i juz tell u de thrut story
tapi tak sangka sebegini rupa jd nye...
apbleh buat nasi sudah jd bubur la...
klu jd bubur mcd sedap gak...
tapi hampeh...
tak pe2  think +ve...
ko bagi ak 1 pos kan kat FB...
ak wat kan satu entry khas untuk ko...
dah foget about it...
-
-

pic tuh ade kne mengene k pulak...?
-
-
mesti la  tgk pic ak tengah makan kuih  tepung talam..
hakhak...
btw ak tau kamo salu masuk kat belog aku...
make up your mind...
tak pe lah yang tersalah n tersilam
 ak mintak maap banyak...
sory sgt...